Friday, September 7, 2007

Majlis Perkahwinan ~ 25 August 2007 - 12.00 pm

Sejurus selepas upacara akad nikah, Pengantin kita dibawa ke dewan untuk direnjis-renjis dan dipilis dan juga upacara bergambar dengan sanak saudara. Selesai upacara renjis-renjis tu pasangan pengantin kita pun diarak lah ke meja utama untuk bersantap bersama-sama rombongan pihak lelaki yg lain.

Menu special atas meja pengantin hasil kerja tangan Puan Kam & Puan Siti dan dimasak oleh Puan Jam dan Hajah Siti jugak.. Hidangan semuanya besar besar maklumlah sponsor .. ikan siakap besar, ayam golek besar, udang besar dan pengantin pun tambah besar.....

Tetamu yg datang cukup ramai sampai tak cukup meja dan kerusi. Puan June nya contact memang cukup bagus ramai kawan-kawan lama yang hadir sama macam reunion la pulak.

Katering nya pulak jangan tak tau dari Kayu Manis Catering lah.. dan ada kek 2 tingkat percuma tu nak tau lebih lanjut lawati lah
http://kayu-manis.fotopages.com

Majlis selesai dalam pukul 5.00 pm dan ucapan ribuan terima kasih diucapkan kepada Krew-krew Kayu Manis Catering yg telah memberikan khidmat yang cukup excellent yang terdiri dari pada Mamat, Am, Manja, Ateh, Yus & Mat dan tak lupa juga kepada ahli keluarga yang bertungkus lumus menjayakan promosi pertama Kayu Manis Catering dengan jaya nya yang terdiri daripada Puan Jamilah (Bos Besar) Puan Kamisah (Marketing Mgr & Coordinatoor) Puan Sarah (Asst Marketing) Puan Firah En. Zamri (Hiasan Meja Pengantin & buffet) Puan Faridah & En. Ismail (import khas dari Melaka sbg supervisor) dan yg paling utama bouncer besar kita Puan Saripah. Dan tak lupa juga kepada En. Shukri & Puan Zie kerana membantu dalam menjayakan lagi majlis ini.

Dan buat tetamu yg hadir yang membaca blog ini kami sekeluarga menyusun sepuluh jari jikalau ada terdapat sebarang kekurangan dalam majlis kami ini.

Wasallam

No comments: